
Help Center
What Would You Like to Know?
Adakah semua produk Teamon skin mendapat kelulusan KKM?
Semua produk Teamon Malaysia mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. No kelulusan KKM di papar pada bahagian penerangan pada setiap produk.
Adakah semua produk Teamon skin mendapat kelulusan dari ujian makmal?
Ya, semua produk dari Teamon Malaysia telah di uji dan mendapat kelulusan selamat dari Kedah Kbio Corp Corporation Sdn Bhd.
Adakah produk Teamon skin mempunyai kesan pengelupasan?
Produk Teamon skin yang meninggalkan kesan pengelupasan hanyalah produk Scar roller sahaja. Selain itu produk Teamon skin menggunakan bahan semula jadi, tiada proses pengelupasan. Tiada bahan pengelupasan seperti merkuri, hidroquione dan paraben.
Adakah produk ini mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri , hydroquinone dan paraben?
Tidak, produk Teamon skin tidak mengandungi bahan berbahaya untuk wajah. Maklumat bahan telah dipaparkan pada label produk.
Perlukah saya melakukan proses ''rehatkan wajah'' sebelum menggunakan Teamon skin?
Tidak perlu jika pengguna biasa dan tahu mengenai rutin penjagaan kulit yang betul dan selamat. Bagi pengguna menggunakan produk merkuri sebelum ini. Pengguna perlu menyingkirkan sisa merkuri pada wajah menggunakan clay mask sebelum penggunaan set ini.
Jika saya mengalami masalah jeragat, set yang manakah sesuai untuk saya?
Set yang dibuat khusus untuk jeragat adalah Teamon scar set. Ia boleh membantu mengurangkan pigmentasi/jeragat pada kulit wajah. Selain itu , Cucumber Serum mengandungi ceramide yang memainkan peranan penting dalam pembinaan sel kulit baru dan mengekalkan kelembapan air pada kulit.
Bolehkah saya campur produk Teamon skin dengan produk skincare jenama lain?
Boleh, untuk toner, moisturizer dan sunblock , dibolehkan untuk menggunakan produk dari jenama yang berbeza.
Berapa lamakah saya perlu menggunakan produk ini untuk melihat kesan pada wajah?
Tindak balas keberkesanan berbeza mengukut penerimaan kulit individu. Ia juga berbeza mengikut jenis masalah pada wajah masing-masing. Untuk masalah biasa, kesan dapat dilihat dari penggunaan set yang pertama.
Kulit saya kering dan kusam. Set manakah yang sesuai dengan masalah saya?
Set yang dicadangkan untuk menyelesaikan masalah kulit kusam adalah Brightening set. Fungsi Ceramide & Alpha Arbutin yang ada dalam produk ini untuk membantu mengurangkan masalah kulit berminyak, kusam dan kulit berjerawat.
Set yang manakah sesuai untuk mengurangi masalah parut jerawat?
Set yang dicadangkan untuk mengurangi parut adalah Teamon scar set. Dengan penggunaan secara konsistent kesan ketara dapat dilihat selepas 4 kali penggunaan.
Berapa lamakah saya dapat melihat kesan parut jerawat saya hilang sepenuhnya?
Tindak balas keberkesanan berbeza mengukut penerimaan kulit individu. Ia juga berbeza mengikut jenis parut pada wajah masing-masing. Untuk parut jerawat biasa, kesan dapat dilihat seawal 3 bulan.
Set manakah sesuai untuk masalah parut berlubang pada wajah?
Produk yang dikhususkan untuk parut berlubang adalah Teamonscar roller set . Walaubagaimana sekalipun, untuk proses parut berlubang hilang, ia mungkin berbeza mengikut masalah kulit masing-masing.
Set yang manakah sesuai untuk mengurangi masalah whitehead & blackhead?
Untuk masalah whitehead dan blackhead , pengguna di sarankan untuk mengambil set facial kerana didalam set ini terdapat Teamon Scrub untuk tujuan facial.
Set yang manakah boleh membantu saya mengurangi masalah pori yang terbuka?
Produk yang dicadangkan untuk mengurangi masalah pori terbuka adalah Teamon scar set. Walaubagaimanapun , Pori tidak boleh ditutup, Produk ini hanya mengecilkan bukaan pori sahaja.
Jika saya mengalami masalah jerawat pasir, adakah produk ini boleh membantu menyelesaikan masalah ini?
Ya, Teamon Cucumber Serum mengandungi Cucumber, Hyaluronic Acid & Ceramide yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada wajah dan membantu masalah jerawat pasir.